Reviews
User Score
Rate This
Descriptions:
Majlis Pecah Tanah Kompleks Kebudayaan Sabah di Kinarut. Pembinaan kompleks ini bakal menjadi mercu tanda penting bagi Sabah dalam memelihara, menghargai dan mengangkat warisan budaya negeri yang kaya dengan keunikan etnik dan tradisinyaa. Projek ini merupakkan produk pelancongan baharu bagi menawarkan pengalaman yang unik, inovatif dan berbeza daripada pelancongan sedia ada. Sejumlah RM102.87 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri untuk tujuan operasi dan pelaksanaan pelbagai program serta projek pembangunan pada tahun 2025. Sejajar dengan pembangunan pelancongan ini, ianya mampu menyediakan peluang pekerjaan serta memberi peluang kepada komuniti tempatan untuk terlibat dan menikmati manfaat daripada industri pelancongan. Kerajaan negeri sentiasa komited untuk memperkasakan industri pelancongan selaras dengan komitmen kerajaan Malaysia untuk menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.