Yazid ziarah Allahyarham Tugino

 Yazid bergambar kenangan dengan Nasrul semasa menziarahi Allahyarham Tugino di Kg Takad Apin-Apin Bingkor.
LUANG MASA: Yazid bergambar kenangan dengan Nasrul semasa menziarahi Allahyarham Tugino di Kg Takad Apin-Apin Bingkor.


KENINGAU: Pengerusi Perhubungan Persatuan Mantan Pendidik Sabah (PMPS) Daerah Keningau Hj Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik@Charles yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham Hj Tugino Karno di Kampung Takad Apin-Apin Bingkor.


Yazid yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan tabah dalam menghadapi dugaan itu.


Beliau menyifatkan Allahyarham Tugino yang telah bersara sebagai pendidik dan menjawat sebagai Guru Besar adalah seorang pendidik yang berdedikasi dan begitu mesra dengan rakan sejawat dan masyarakat setempat.


Dalam ziarah itu, Yazid turut menghulurkan sumbangan kepada keluarga Allahyarham yang diterima oleh anak Allahyarham Nasrul Tugino.

 
Anak Allahyarham mengucapkan terima kasih kepada Yazid atas kesudian meluangkan masa menziarahi keluarga mereka.

Reviews

0 %

User Score

0 ratings
Rate This

Sharing

Leave your comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *